
Polis Britain kini giat menjalankan siasatan kes bunuh dan panggang seekor angsa putih milik Ratu Elizabeth II.
Angsa putih itu dipercayai disembelih, dipanggang dan disiat-siat dagingnya sebelum cebisannya dibuang di tebing sungai berhampiran Istana Windosr barat London, demikian menurut polis dan pertubuhan kebajikan haiwan.
Semua angsa liar berwarna putih di Britain adalah hak kepada keluarga Diraja dan ia adalah satu kesalahan serius untuk membunuhnya.
Pekerja amal haiwan Wendy Hermon berkata, beliau berasa terlalu sakit apabila menemui bangkap haiwan itu pada Ahad.
“Hanya bangkainya sahaja yang tinggal, dan ia sudah dipanggang. Sesiapa sahaja pelakunya juga sudah mengoyakkan dagingnya,” kata Hermon yang bekerja untuk pertubuhan amal Swan Lifeline yang menjaga dan merawat burung yang cedera dan sakit.
Angsa putih sebelum ini dikenali sebagai hidangan lazat di Britain tetapi kemudian dilindungi di bawah undang-undang Britain sejak tahun 1981.
Satu undang-undang dirangka pada abad ke-12 menyatakan kesemua angsa putih di dalam England merupakan milik Diraja dan mencederakannya akan dikategorikan sebagai satu pengkhianatan.
Ratu British memiliki hak untuk kesemua angsa putih di dalam negara itu.
Bagaimanapun Ratu Elizabeth hanya menguatkuasakan undang-undang itu di sepanjang Sungai Thames dan sekitarnya, lapor laman web Monarki British.
Pada setiap tahun, pihak Istana akan menjalankan tinjauan dan kajian ke atas populasi angsa putih di Thames dan juga kawasan Middlesex, Surrey, Buckinghamshire, Berkshire dan Oxfordshire. – AFP
0 komentar:
Posting Komentar